| Pusat Kokurikulum UUM | Unit Seni Bela Diri | Unit Perniagaan Tani | Unit Seni Tampak | Unit Pengurusan Sukan | | Unit Teknologi Media | Unit Kemahiran Hidup | Unit Keusahawanan | Unit Khidmat Masyarakat | Unit Pertolongan Cemas | | Unit Sains Sukan | Unit Seni Muzik | Unit Seni Suara | Unit PALAPES | Unit SUKSIS |
Peringatan Bersama.....
|
Kata-Kata Motivasi.....
|
BAKTI SISWA PELAJAR UUM BERSAMA PENGHUNI RUMAH SERI KENANGAN, KOMPLEKS PENYAYANG TUN DR SITI HASMAH, PERLIS
Sub Unit Kokurikulum Kepimpinan dengan kerjasama Sub Unit Kokurikulum Kerohanian dan Sub Unit Kokurikulum Kaunseling, telah berjaya mengadakan Program Khidmat Bakti Siswa bersama penghuni Rumah Seri Kenangan, Kompleks Penyayang Tun Dr Siti Hasmah, Perlis. Seramai 30 orang pelajar Sub Unit Kokurikulum Kepimpinan semester ketiga bersama seorang pensyarah pengiring telah mengikuti program ini.
Tujuan program ini diadakan adalah bagi menambah kemahiran insaniah pelajar seperti kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kepimpinan dan sebagainya supaya dapat melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi. Seiring dengan objektif program yang ingin mempraktikkan ilmu teori kepimpinan dan keberkesanan komunikasi, yang telah dipelajari di dalam kelas kepimpinan.
Menurut Cik Nina Syazwani Binti Azmi, Pegawai Kompleks Penyayang Tun Dr Siti Hasmah, program seperti ini adalah sangat baik dimana mampu memupuk ikatan persaudaraan diantara penghuni dan pelajar. Selain itu juga turut memberi pengalaman baru bagi penghuni untuk berinteraksi dan bergaul bersama para pelajar dari negara luar seperti Indonesia, Thailand, Somalia dan Uzbakistan.

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT RUMAH ANAK YATIM MAK TEH DAN JAWI
Seramai 35 orang pelajar dari unit kokorikulum Kepimpinan diiringin juralatih Puan Hanil Hekmah Rosli telah melaksanakan aktiviti luar kampus di Rumah Anak Yatim Makteh dan Jawi. Atas persetujuan bersama,aktiviti ini dijalankan di dewan dan sekitar rumah Anak Yatim Jawi. Unit kepimpinan juga telah sepakat bergabung dengan unit Interior Design yang diiringi oleh jurulatih mereka iaitu Encik Faizal dalam menjalankan aktiviti luar kampus ini. Seramai 65 orang anak-anak yatim yang terdiri dari kategori umur. Unit Kepimpinan telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi melancarkan lagi program tersebut. Kumpulan dibahagikan kepada tiga tugas iaitu memasak,gotong-royong,mural dan LDK bersama anak-anak yatim.Program ini berlansung pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 3.30 petang.
Alhamdulilah,hasil kerjasama semua pihak, program ini dapat dilaksanakan dengan baik. Penyelaras rumah Anak Yatim Jawi Encik Arsya menyatakan bahawa program sebegini diharapkan dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang, pihak beliau sangat mengalukan kedatangan pelajar dari Universiti Utara Malaysia(UUM) malah beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih atas program yang dijalankan oleh pelajar-pelajar UUM . Program ini bukan sahaja memberikan impak positif dalam diri pelajar malah memberikan satu pengalaman yang sangat berguna sebagai bimbingan mendidik diri menjadi manusia yang sentiasa prihatin terhadap orang disekeliling kelak. Malah membawa imej yang baik pada Universiti Utara Malaysia.

SEJUTA KASIH BERPAUT
Sub Unit Kokurikulum Kepimpinan І⋁ (B) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat, Perlis telah berjaya mengadakan Program “Sejuta Kasih Berpaut” yang telah di laksanakan di Rumah Kebajikan Seri Kenangan, Kangar Perlis. Seramai 37 orang pelajar telah hadir mengikuti program ini. Rumah kebajikan tersebut di huni oleh warga emas, golongan istimewa dan anak-anak yatim.
Program ini bertujuan untuk melahirkan pelajar menyertai dan mendapatkan pengalaman dalam aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan tidak kira luar atau dalam universiti. Selain itu juga, ia bertujuan untuk memupuk semangat berpasukan dan kepimpinan dalam kalangan pelajar. Melalui program ini mereka dapat beramah mesra dengan penghuni di rumah kebajikan tersebut dan mendapat iktibar setiap kejadian yang menimpa mereka.
Menurut jurulatih kami, program sebegini dapat memberi kesedaran kepada pelajar tentang pentingnya menghargai ibu bapa kita. Oleh itu, diharap program seumpama ini dapat di teruskan bagi melatih dan membimbing mahasiswa dalam memberi sumbangan kepada agama bangsa dan negara dan memberi kesedaran kepada mahasiswa betapa penting nya membalas jasa ibu bapa kita.

PROGRAM SEMARAK KASIH BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG HUTAN GELAM
Universiti Utara Malaysia, Sintok, 4 April 2015- Program Semarak Kasih bersama penduduk Kampung Hutan Gelam telah dilaksanakan di Dewan Kampung Hutan Gelam, Langgar ,Alor Setar, Kedah. Program ini adalah anjuran Subunit Leadership III (A) dan Kepimpinan II (C), bersama dengan Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia dan juga Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Hutan Gelam.Program ini melibatkan sebanyak 52 orang mahasiswa dan mahasiswi Universiti Utara Malaysia bersama dengan penyelaras subunit Leadership III (A) dan Kepimpinan II (C) bagi memenuhi kehendak kursus yang memerlukan pelajar menjalankan kegiatan luar kampus yang dapat meninggalkan impak kepada mahasiswa dan mahasiswi sendiri dan juga kepada komuniti sekitar.
Program ini telah memberi peluang kepada pelajar untuk berbakti dan bergaul dengan komuniti luar bandar serta mengenali budaya dan tatacara hidup masyarakat setempat selain memupuk semangat kekitaan.Selain itu, program ini juga dapat memantapkan keyakinan diri mahasiswa dan mahasiswi untuk lebih maju dan berketerampilan yang unggul dan memupuk pelajar supaya lebih motivasi dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang lebih mantap dalam pergaulan secara langsung bersama komuniti.
Program ini telah bermula dari jam 7.30 pagi hingga 6.00 petang dengan pengisian pelbagai aktiviti yang menarik dan sesuai dengan belia-belia di Kampung Hutan Gelam, Langgar, Alor Setar, Kedah.Di antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi perkenalan dengan penduduk kampung, aktiviti sukaneka dengan penduduk kampung dan juga gotong-royong memasak untuk kenduri sekampung.Ucapan oleh Ketua JKKK Kampung Hutan Gelam dengan mengalu-alukan kedatangan pelajar Universiti Utara Malaysia dan juga ucapan oleh En.SyazaniMazuki, penasihat subunit Leadship III (A) dan Kepimpinan II (C) telah merasmikan program ini.
Menurut jurulatih program En. Syazani Mazuki berkata program ini melatih penuntut mempunyai sifat keterbukaan untuk menjadi pemimpin yang berketerampilan. Kami amat gembira apabila mendapat kerjasama baik semua pihak serta penglibatan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung(JKKK) Hutan Gelam serta sambutan mesra penduduk Kampung Hutan Gelam. Oleh itu, kami mnegharapkan program ini dapat diteruskan lagi bagi melatih mahasiswa dan mahasiswi supaya dapat memberi sumbangan kepada semua.

PROGRAM MOTIVASI KERJAYA DI SMK HUTAN KAMPONG
Sub Unit Kepimpinan III (D) & (E) dengan kerjasama warga SMK Hutan Kampong telah berjaya mengadakan Program Motivasi Kerjaya yang telah dilaksanakan di SMK Hutan Kampong, Alor Setar. Seramai lebih kurang 80 orang pelajar telah hadir mengikuti program ini dengan iringan oleh seorang guru pengiring.
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi motivasi kepada pelajar STPM yang bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi. Berbantukan para pelajar dari sub unit kepimpinan yang lain dan modul yang telah disediakan, para pelajar yang terlibat dapat menjalankan tugasan yang diberikan dengan lancar dan baik dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Menurut Puan Rosnida jurulatih kepada unit kepimpinan kumpulan (D) & (E), beliau menyifatkan program yang dianjurkan ini mampu membentuk sahsiah dan memberi motivasi kepada pelajar dalam mendalami ilmu seterusnya menjadi insan yang lebih prihatin untuk memberi membimbing kepada pelajar-pelajar SMK Hutan Kampong untuk terus cemerlang.
Oleh itu, diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan lagi bagi melatih dan membimbing mahasiswa dan mahasiswi dalam memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara tercinta.

DIDIK EMOSI,CERDAS SPIRITUAL
8 Mei 2015, Jumaat - Sub Unit Kokurikulum Kerohanian telah berjaya mengadakan Program Kecerdasan Generasi Belia Al-Quran yang telah dilakasanakan di Pulau Langkawi, Kedah. Seramai 56 pelajar beserta 13 urusetia dan fasilitator daripada siswa pendidik dan 1 pengiring.
Program ini bertujuan memberi keinsafan kepada para pelajar yang mempunyai masalah disiplin agar mereka berubah dari aspek negatif kepada aspek positif. Selain itu, program ini juga bertujuan memberi kesedaran rohaniah kepada para peserta agar pendirian dan Tauhid mereka teguh dan utuh. Ini adalah sangat penting agar mereka bersedia menghadapi segala rintangan dan cabaran di masa hadapan kelak.
Menurut Cikgu Ridzwan Hashim, menyifatkan program seumpama ini mampu membentuk dan memberi motivasi kepada pelajar dalam mendalami ilmu seterusnya menjadi insan yang berguna.
Oleh itu, diharap program seumpama ini dapat diteruskan bagi melatih dan membimbing mahasiswa dalam memberi sumbangan kepada agama dan bangsa.

PROGRAM SEJUTA KASIH BERPAUT
Sub Unit Kecil Kepimpinan Kelas lll C Universiti Utara Malaysia telah berjaya mengadakan satu program yang bertajuk Sejuta Kasih Berpaut. Program ini telah dilaksanakan di Jabatan Kebajikan Masyarakat, Perlis baru-baru ini dan seramai 17 orang mahasiswa telah bertungkus-lumus dalam menjayakan program ini.
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memupuk kasih sayang dalam kalangan pelajar terhadap golongan warga emas dan golongan kurang upaya agar dapat diaplikasikan dan disemai untuk berhadapan dunia luar seiring dengan sikap kepimpinan yang mereka miliki.
Menurut Hj. Zaimi Bin Abdul Rani, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat perlis, program seumpama ini mampu memberi kesedaran kepada para mahasiswa tentang pentingnya sifat “empati” dikalangan mahasiswa agar mereka dapat merasai kesusahan dan kepayahan golongan seperti ini.
Oleh itu, diharapkan program seumpama ini akan dapat diteruskan lagi bagi melatih dan membimbing mahasiswa dalam memberi sumbangan kepada bangsa dan negara yang tercinta ini.